Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lega Ramai Yang Suka, Tak Benci Saya” - Lee Seung Gi Dedah Ini Scene Jahat Terbaik Pilihannya

Mya Amri
21/05/2021 09:03 MYT
Pelakon Korea, Lee Seung Gi akui berasa lega apabila wataknya sebagai seorang antagonis dalam drama hit, Mouse diterima penonton.

Menurut Seung Gi, watak Jung Ba Reum merupakan karakter pertamanya sebagai penjahat.

“Jung Ba Reum adalah watak penjahat pertama dalam karier lakonan saya dan sejujurnya rasa sangat lega kerana penonton menyukai lakonan saya tanpa rasa terganggu dengan sisi baru saya ini.

“Saya berusaha dengan keras sepanjang penggambaran… Malah saya juga mendapat motivasi dan semangat selepas mengetahui ramai yang menyukai Mouse,” katanya.

Ditanya mengenai Mouse, Seung Gi memberitahu dia menyukai babak selepas Jung Ba Reum membunuh pendeta Go Moo Woon.

“Saya rasa ayat ‘saya memohon anda untuk menghentikan saya daripada menjadi seorang raksasa’ benar-benar merangkumi kekusutan perasaan Jung Ba Reum secara keseluruhannya.

“Disebabkan itu, saya rasa babak tersebut sangat menyentuh hati saya,” jelasnya.

Tambah Seung Gi lagi, dia berasa gembira dapat bekerjasama dengan para pelakon dan pihak produksi yang hebat.

“Walaupun Mouse sudah sampai ke penghujungnya, saya tetap rasa ia akan kekal menjadi sebuah drama yang istimewa. Saya juga berasa bertuah dapat bergandingan dengan orang-orang yang amat hebat.

“Saya harap penonton juga dapat bertahan sedikit lagi dengan situasi sukar yang melanda dunia ketika ini dan kita berdoa semoga dapat menyambut hari-hari yang lebih baik bersama,” ujarnya.

Jangan lupa saksikan episode istimewa Mouse malam ini pada jam 9:15 malam di tvN (saluran 395).

Episod istimewa ini akan menayangkan babak serta temubual eksklusif bersama para pelakon drama berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.

#Artis Korea #K-Drama #Gempak Chingu #Mouse #Lee Seung Gi
;