Anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa mendedahkan sebab bersetuju untuk kembali menjadi mentor dalam program variasi Youth With You musim ketiga.

Menurut Lisa, dia mahu memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada para pelatih sebagai persediaan mereka sebelum terlibat dalam bidang seni.

“Bagi saya musim kali ini juga sangat mengujakan sama seperti sebelumnya. Untuk kali ini saya mahu mengajar dengan lebih baik.

“Saya juga mahu berkongsi ilmu pengetahuan tentang apa yang saya pelajari untuk membantu mereka menjadi seorang pelatih yang berjaya,” ujarnya dalam temu bual bersama wakil iQIYI baru-baru ini.

BACA: Garang Tapi Bagus! Lisa BLACKPINK Dipuji Jadi Mentor Youth With You 3

Dalam pada itu, Lisa juga memberitahu anggota kumpulannya iaitu Jennie, Rose dan Jisoo banyak menyokong dan memberikan semangat.

“Sebaik sahaja mereka mengetahui tentang penglibatan ini sudah pasti mereka antara yang banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya.

“Oleh kerana kali ini tidak sama seperti dahulu, penggambaran musim ketiga agak sukar jadi anggota kumpulan saya kerap kali memberitahu saya boleh lakukannya,” kata Lisa sambil tersenyum.

Jadi jangan lupa untuk menonton baharu Youth With You 3 di iQ.com atau di aplikasi iQiyi antarabangsa secara PERCUMA.

Youth With You 3 sudah pun mula ditayangkan pada setiap Khamis dan Sabtu, jam 8 malam.


Rancangan ini juga turut disiarkan di Astro saluran 300 dan juga On Demand, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8 malam.

Terdapat juga dalam sarikata pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.