Artis Korea

Garang Tapi Bagus! Lisa BLACKPINK Dipuji Jadi Mentor Youth With You 3

gempak
Mya Amri
09/03/2021
08:15 MYT
Sponsor Banner
Garang Tapi Bagus! Lisa BLACKPINK Dipuji Jadi Mentor Youth With You 3
Anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa kembali sebagai mentor untuk program realiti pencarian bakat, Youth With You yang sudah memasuki musim ketiga di iQIYI.
Walaupun Lisa hanya boleh memantau para pelatih secara virtual namun perkara itu tidak menghalangnya untuk memberikan komen yang agak ‘garang’ tetapi bermanfaat.
Malah bintang ternama Korea itu juga dipuji kerana tidak lokek untuk memberikan tunjuk ajar termasuklah dari segi tarian dan juga persembahan.
Dalam episod baru-baru ini, Lisa menjadi perhatian selepas membantu kumpulan pelatih yang membawakan lagu Kick It dari kumpulan K-Pop NCT.
Menyedari beberapa kesilapan yang dilakukan oleh sekumpulan pelatih itu, Lisa secara peribadi bangun dari kerusi dan menunjukkan perincian koreografi lagu berkenaan untuk mereka memperbaiki kelemahan masing-masing.
Selain itu, banyak juga momen manis dan cara interaksi yang menyeronokkan antara Lisa bersama pelatih-pelatih dalam rancangan tersebut.
Tak pernah tak comel Lisa ni kan? Garang tapi comel. Namun jangan salah sangka ya, Lisa serius kerana mahu para pelatih mendapat latihan dan ilmu secekupnya sebelum mereka melakukan persembahan yang sebenar.
Jadi jangan lupa untuk menonton baharu Youth With You 3 di iQ.com atau di aplikasi iQiyi antarabangsa secara PERCUMA.
Youth With You 3 dah pun mula ditayangkan pada setiap Khamis dan Sabtu, jam 8 malam.
Rancangan ini juga turut disiarkan di Astro saluran 300 dan juga On Demand, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8 malam.
Terdapat juga dalam sarikata pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024