Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Love Teruk Foto-Foto Baju Kahwin Ni! ChoA Umum Tamat Zaman Bujang

Mya Amri
29/10/2021 16:00 MYT
Bekas anggota kumpulan K-Pop Crayon Pop, ChoA mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

ChoA mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Menurut ChoA, sepanjang bersama tunangnya, jejakan merupakan seorang yang sangat memahami dan mempunyai sikap bertimbang rasa.

“Mungkin pengumuman ini mungkin tiba-tiba tetapi saya telah memutuskan dan berjanji untuk berkahwin dengan orang yang saya temui/date secara serius sekarang.

“Dia merupakan seorang yang benar-benar berharga buat saya, yang mengisi di mana kekuranhan saya dan rasanya saya perlu banyak belajar dari dia.

“Setelah mengesahkan perasan masing-masing di mana kami ingin bersama seumur hidup, maka kami memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Disember ini.

“Saya berasa sangat gembira ingin memulakan hidup baru bersamanya dan akan rasa lebih bersyukur sekiranya anda dapat memberikan restu kepada kami.

“Saya akan berusaha lebih keras dan aktif di masa hadapan. Untuk anda semua, jaga diri, jaga kesihatan,” coretnya.

A post shared by 초아 CHOA 허민진 (@minjinchoa)

Dalam pada itu agensi perancangan perkahwinan mereka, Happy Married Company juga berkongsi foto-foto indah perkahwinan mereka.

Selain mengucapkan tahniah, agensi itu juga mengumumkan tarikh perkahwinan pasangan ini.

"ChoA akan melangsungkan perkahwinannya pada 25 Disember di lokasi yang tidak didedahkan di Seoul.” umum wakilnya ringkas.



ChoA, 29, bertemu dengan tunangnya tiga tahun lalu melalui seorang kenalan.

Tunangnya merupakan seorang usahawan yang berusia enam tahun lebih tua daripadanya dan merupakan orang bukan dalam industri hiburan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Kahwin #Gempak Chingu #Artis Korea Kahwin #ChoA #Crayon Pop #Foto Kahwin #Foto Kahwin Artis Korea #Wedding Artis Korea #Artis Korea Tamat Zaman Bujang