Artis Korea

“Maaf Saya Tak Jaga Awak Dengan Baik Minzy” Akhirnya Sandara Menangis Luah Perasaan

gempak
Mya Amri
09/07/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
“Maaf Saya Tak Jaga Awak Dengan Baik Minzy” Akhirnya Sandara Menangis Luah Perasaan
Bekas anggota kumpulan 2NE1, Sandara akui tidak dapat menyembunyikan rasa bersalah terhadap Minzy.
Menurut Sandara atau lebih mesra dengan panggilan Dara ini merasakan dirinya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai kakak dengan baik terhadap Minzy sewaktu mereka masih bersama dalam kumpulan tersebut.
“Saya bukan jenis orang yang menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan, jadi baru-baru ini saya banyak ‘menunjukkan’ diri saya seperti menghantar mesej dengan emoji berbentuk hati.
“Sewaktu kami masih lagi bersama dalam 2NE1, saya merasakan saya tidak menjaga Minzy iaitu anggota paling muda dengan baik.
“Saya berasa sangat menyesal, pasti situasi itu sangat sukar bagi Minzy yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam usia masih muda. Saya benar-benar menyesal,” katanya sambil mengesat air mata.
Dara meluahkan perasaannya itu menerusi program Video Star baru-baru ini.
Selain Dara, Minzy yang turut berada dalam program yang sama juga mengalirkan air mata apabila terkenang memori bersama 2NE1.
Terdahulu, syarikat pengurusan 2NE1, YG Entertainment menerusi satu kenyataan mengumumkan kumpulan 2NE1 secara rasmi sudah dibubarkan 25 November 2016.
Selepas Minzy keluar daripada kumpulan tersebut 5 April 2016, CL dan Sandara mengambil keputusan untuk bergerak solo manakala Park Bom pula memutuskan untuk tidak menyambung kontrak.
2NE1 merupakan kumpulan wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment pada 2009.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live