Pelakon terkenal Korea, Hyun Bin mendedahkan tidak suka menonton drama lakonannya yang terdahulu.

Menurut Hyun Bin, ini kerana beliau berasa banyak kekurangan yang ada pada diri dan mampu melakukan dengan lebih baik daripada apa yang ditayangkan ketika itu.

"Walaupun lakonan saya memalukan dan saya kelihatan tidak matang, di sisi lain saya berpendapat bahawa peranan itu adalah sesuatu yang hanya dapat dilakukan pada masa itu.

“Sejujurnya saya telah banyak berubah sejak itu. Saya mempunyai pemikiran dan cara yang berbeza untuk mengekspresikan diri.

“Cara saya melihat pemandangan dan perspektif sesuatu perkara juga telah berubah,” jelasnya.

Hyun Bin berkata demikian ketika ditemu bual bersama majalah gaya hidup terkenal, Esquire Korea baru-baru ini.

Untuk info, Hyun Bin sebelum ini mula dikenali selepas membintangi drama romantik komedi berjudul My Lovely Sam Soon pada tahun 2005.

Popularitinya juga semakin melonjak selepas berlakon drama hit, Secret Garden pada tahun 2010 bersama aktres Ha Ji Won.

Hyun Bin kemudian kembali mencipta pesona bintangnya dengan drama yang menjadi fenomena di seluruh dunia iaitu Crash Landing on You bersama pelakon Son Ye Jin.

Oh! kepada peminat drama Korea, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted bagi kategori Ajushi Elok TerGempak 2020 DI SINI

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang.

Banyak lagi kategori lain yang tercalon. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!