Episod pertama drama bersiri Penthouse 3 bermula dengan begitu baik sekali!

Walaupun kali ini penayangannya hanya seminggu sekali namun fenomena Penthouse untuk musim ketiga dan yang terakhir ini semamangnya amat dinantikan penonton.

Maka tidak hairanlah Penthouse 3 ini berjaya mencatitkan rating tontonan tertinggi.

Menurut Nielsen Korea, tayangan perdana Penthouse 3 telah mendapat penilaian di seluruh negara sebanyak 16.9 peratus, 19.4 peratus dan 19.1 peratus untuk tiga bahagiannya.

Jumlah itu sekaligus menjadikan Penthouse 3 merupakan tayangan perdana yang paling banyak ditonton berbanding sebelumnya.

Selain itu, Penthouse 3 juga merupakan program yang paling banyak ditonton berbanding program yang disiarkan di mana-mana saluran pada hari Jumaat.

BACA: #G The Untold Story: Antara The Penthouse, Joo Seok Hoon Dan Personaliti Sebenar Kim Young Dae

BACA: #OhDaebak: Menyanyi Soprano, Dapat Penampar Back To Back! Scene Epik Cheon Seo Jin Ni Paling Win

Oh korang jangan lupa pula saksikan Penthouse 1 dan Penthouse 2, setiap Selasa hingga Jumaat bermula jam 6.55 petang tau di ONE (saluran 393).

Penthouse 3 pula disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)

Sumber: Soompi