,
Artis Korea

Memang Power! Reborn Rich Kini Siri Mini Paling Banyak Ditonton Tahun 2022, Tinggalkan Extraordinary Attorney Woo

Mya Amri
07/12/2022
12:30 MYT
Belum pun habis ditayangkan, drama Korea popular lakonan Song Joong Ki berjudul Reborn Rich telah menjadi siri mini yang paling banyak ditonton tahun ini.
Drama yang berkonsepkan balas dendam fantasi ini mendapat penarafan penonton tertinggi sepanjang tayangannya sehingga kini.
Menurut Nielsen Korea, episod kelapan Reborn Rich telah mencatatkan penarafan purata seluruh negara sebanyak 19.449 peratus, menandakan lonjakan 3.3 peratus yang mengagumkan dari sebelumnya.
Bukan sahaja mencatatkan rekod penilaian peribadi baharu, malah Reborn Rich juga kini telah mengatasi drama popular, Extraordinary Attorney Woo.
Rekod itu sekaligus menjadikan Reborn Rich sebagai siri mini yang paling banyak ditonton pada tahun 2022.
Sebelum ini, Extraordinary Attorney Woo mendapat penarafan tertinggi sebanyak 17.534 peratus untuk episod terakhir pada bulan Ogos.
Terdahulu, sejak ditayangkan bulan lalu, Reborn Rich berjaya mengekalkan momentum sempura di mana terdapat peningkatan rating penonton dengan setiap episod baharu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Hiburan

Nafsu, Siri Supernatural Thriller Tentang Deria Keenam & Ajaran Sesat

gempak
30/06/2024
14:54 MYT
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaharu Nafsu yang dibarisi oleh barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha.
Hiburan

Selesa Sebagai ‘Bestie’, Nabil Aqil & Alya Iman Enggan Terjebak Cinta Lokasi

gempak
02/05/2024
09:00 MYT
Pelakon Nabil Aqil dan Alya Iman mengakui enggan terjebak dengan cinta lokasi kerana tidak mahu merosakkan status persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak 2021.
Hiburan

Mula-Mula Benci, Tapi Bertukar Cinta... Fakta Atau Mitos?

gempak
11/02/2024
11:55 MYT
Pernah timbul ‘amaran’ yang berbunyi: ‘Jangan benci sangat, nanti jatuh suka!’
Hiburan

Cha Eun Woo Singgah Ke Kuala Lumpur Februari Depan Menerusi Jelajah 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator)!

gempak
09/01/2024
12:55 MYT
Idol dan pelakon, Cha Eun Woo bakal singgah ke Kuala Lumpur bagi menjayakan fan concert 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator) yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, pada 24 Februari depan