Pelakon Kim Hee Ae akui menyedari ramai yang membenci beberapa karakter utama dalam drama popular The World Of The Married.

Menurut Hee Ae, kesemua pelakon yang terlibat telah memberikan usaha terbaik untuk menghidupkan watak masing-masing termasukalah babak kontroversi.

“Ramai yang membantu sewaktu melakon babak pergaduhan dan saya tidak menggunkan khidmat pelakon aksi.

“Tetapi kesemua babak itu dilakonnan dengan selamat dan memenuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan.

“Pada mulanya saya memang agak takut namun selepas menjiwai dan merasai emosi Sun Woo, saya berjaya lakukannya dengan baik.

“Rasa teruja dan menyeronokkan. Saya rasa babak aksi itu juga sangat membantu menerbitkan emosi watak itu sendiri. Suasana di tempat penggambaran juga sempurna.

“Saya juga ada mendengar banyak karakter dalam drama ini tidak disukai ramai. Antaranya Tae Oh dan Da Kyung.

“Namun apa yang anda perlu tahu, mereka telah memberikan sepenuh jiwa untuk menghidupkan watak masing-masing,” jelasnya.

Selain Hee Ae, The World Of The Married juga dibintangi oleh Han So Hee dan Park Hae Joon.

Jangan lupa saksikan The World Of The Married bermula malam ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10:30 malam di Hello (saluran 702).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi