Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ki mengejut peminat apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di Gunung Kinabalu, Sabah.
Terkejut
Menariknya, keberadaan aktor yang popular dengan drama Love Truly itu di sana tidak disedari oleh sesiapa sehinggalah foto-foto berkenaan dikongsikan di Instagram.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat meninggalkan respons buat lelaki berusia 39 tahun itu.
“Tau-tau dah di Kinabalu aja abang satu ini.”
“Welcome to Malaysia. Hope you have a great time here!”
“Welcome to Malaysia. That mountain you could see the peak on the RM100.”
“Patut nampak familiar puncak tu.”
“Bang senyap-senyap je ek. Kalau tak aku ikut naik."
Kongsi video
Dalam hantaran berikutnya, Min Ki turut berkongsi video yang disunting menunjukkan proses pendakiannya.
Pada video tersebut, tertera kapsyen ringkas yang menyatakan dia mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.
Selain aktif berlakon drama siri, Min Ki juga kerap muncul di layar lebar. Antara filem yang pernah dijayakan oleh Min Ki termasuklah Tidal Wave, Spellbound dan Decibel.
Sumber:
InstagramMeerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita