Penyanyi Lee Hyori akhirnya berkongsi perasaan yang telah lama dipendam berkaitan dengan kehamilan.

Sesi luahan hati itu bermula menerusi episod terbaharu Seoul Check In apabila sahabat baiknya, Kim Min Jong bertanya sekiranya Hyori ada menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata.

Menjawab pertanyaan itu, Hyori berkata dia berdepan dengan cabaran kesukaran untuk hamil walaupun keinginan untuk menjadi seorang ibu sangat kuat.

“Saya mahu… Tapi perkara itu tidaklah semudah seperti yang dilihat. Saya rasa mungkin sukar disebabkan faktor umur,” katanya.

Disebabkan itu juga Hyori menasihati rakannya untuk berkahwin lebih awal sekiranya terfikir untuk memiliki anak.

“Jika awak ada memikirkan untuk mempunyai anak, saya sarankan awak patut berkahwin lebih awal,” ujarnya.

Melihat kepada jawapan Hyori itu, peminat mula meninggalkan komen di media sosial dengan memberikan galakan dan semangat kepadanya supaya jangan berputus asa.

Antara komen yang diterima adalah:

“Ini merupakan ujian paling besar yang dihadapi setiap wanita, Hyori awak sangat kuat,”

“Saya harap awak dapat memiliki cahaya mata satu haru nanti, saya pasti aka nada berita baik buat Hyori dan suaminya,”

“Hyori jangan putus asa, awak adalah seorang wanita yang sangat kuat dan tabah. Saya pasti hajat anda akan termakbul tidak lama lagi,”

Hyori yang kini berusia 42 tahun telah mendirikan rumah tangga bersama Lee Sang Soon pada 1 September 2013 di Pulau Jeju.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU