Hasrat peminat untuk bertemu Park Seo Joon akhirnya bakal terlaksana apabila pelakon Korea terkenal itu bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook, Twitter dan Instagram rasmi minuman tenaga kegemaran Malaysia di bawah jenama kelolaan Nestlé iaitu Milo pada Rabu.

Hantaran itu memaklumkan Seo Joon akan hadir ke negara ini pada bulan Februari.

“Hi geng MILO! Pandailah korang, dah tahu #PSJSahabatMILO nak mai Malaysia! Jadi meh sini Abang share macam mana korang boleh stand a chance to meet Park Seo-Jun this February!” tulis kenyataan itu.

Walaupun pihak Milo belum mendedahkan tarikh sebenar kehadiran aktor kacak itu, namun sambutan peminat ternyata luar biasa.

Rata-ratanya menyatakan rasa teruja dan tidak percaya bahawa hasrat mereka untuk bertemu Seo Joon bakal menjadi kenyataan.

Antara komen yang diterima adalah:

“Seriuslah Park Seo Joon nak datang Malaysia?”

“Akhirnya! Dapat juga jumpa Seo Joon! Lee Min Ho pun datang takkan Seo Joon tak boleh kan,”

“Gigil kejap, seriuslah? Ni bukan prank kan? Tak sabarnya,”

Sebelum ini beberapa artis Korea seperti Lee Min Ho, Song Ji Hyo dan Park Shin Hye hadir ke negara ini bagi mempromosikan jenama produk yang mengambil mereka sebagai duta.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.