Pelakon terkenal Korea, Ji Chang Wook disahkan positif COVID-19.

Menurut laporan Spo TV News, agensinya Glorious Entertainment memaklumkan Chang Wook kini menjalani proses kuarantin.

“Ji Chang Wook disahkan positif COVID-19. Seperti mengikut garis panduan yang ditetapkan, dia kini sedang menjalani kuarantin dan menerima rawatan,” jelasnya.

Bagaimanapun dua lagi pelakon iaitu Choi Sung Eun dan Hwang In Yeop dilaporkan negatif COVId-19.

Netflix dalam satu kenyataan juga memberitahu, penggambaran drama terbaharu terpaksa ditangguhkan demi keselamatan ramai.

Untuk info, Ji Chang Wook, Hwang In Yeop dan Choi Sung Eun sedang menjalani penggambaran untuk drama siri original Netflix terbaharu berjudul The Sound of Magic.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU