Hello annyeong! Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini pasti ramai yang maraton K-Drama kan?

Ehem kalau dah nama pun selalu tengok K-Drama, mesti korang dah biasa dengar beberapa perkataan atau dialog mudah yang disebut oleh para pelakon.

Alah kalau setakat annyeong, kamsahamnida dan daebak rasanya korang memang dah boleh khatam.

Okay kali ini dalam kolum baharu Gempak Chingu, #OhDaebak (OD) nak kongsi jugalah sedikit beberapa kosakata mudah dalam Bahasa Korea yang sering disebut dalam drama.

Kita mulakan dengan yang simple-simple dululah kan, lepas tu baru boleh feeling dah boleh cakap Korea hehe.

Eh tak salah pun kalau nak berangan, belajar bahasa ni tiada had umur. Selagi kita suka dan ada usaha why not guys?

1. Jinjja

Membawa maksud betul, benar, nyata. Boleh digunakan sebagai pertanyaan dan juga penyataan. Tapi yang selalu dengar dalam drama adalah “eh betul ke?” atau “Makanan ni betul-betul sedap!”

2. Haish / Haizz

Keluhan, ha yang ini paling banyak digunakan, kalau perasan “Haish” ni akan digunakan contoh dalam situasi marah, frust, terkantoi atau salah cakap. Hehe.

3. Hajima

Stop/Berhenti / Jangan lakukan. Dalam K-Drama, maksud ‘hajima’ kebiasaannya mudah difahami walaupun tanpa sari kata kerana ayat ini sering digunakan jika ada yang membuat sesuatu perkara yang tidak disukai.

4. Andwae

Digunakan untuk menyatakan penolakan, tidak setuju, tidak percaya, atau kejutan. Bukan setakat K-Drama, ni ayat treadmark Lee Kwang Soo guys! Kalau tengok Running Man, boleh dengar banyak kali Kwang Soo sebut siap pakej jerit dramatik lagi “andwaeeeeeeee” ha gitu. Baca ni pun OD dah macam boleh dengar nada suara Kwang Soo hahaha.

5. Eotteoke

Ini yang paling simple, Eotteoke membawa maksud bagaimana / macam mana. Eotteoke biasanya diekspresikan dalam K-drama ketika wataknya tidak tahu atau buntu nak melakukan sesuatu sama ada dalam keadaan panik, sedih atau simpati.

***

Nota kaki: #OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang akan berkongsi apa sahaja tentang hal yang berkaitan dunia K-Pop, K-Drama atau pun Korea.

Alah santai-santai sahaja konsepnya, macam berborak dengan kawan-kawan. Mana tahu kita boleh kongsi idea atau topik sama-sama kan?

Eh! Kalau korang ada idea nak 'berbual' atau topik apa, berikan komen di ruangan Facebook bawah artikel ini nanti ya, yang penting konsepnya santai! Agittew! Terima kasih, korang memang lovelah!

Foto: Twitter