Siri Netflix Korea yang paling ditunggu, All Of Us Are Dead telah pun memulakan tayangannya pada 28 Januari lalu.

Walaupun baru sahaja ditayangkan nampaknya siri ini berjaya mendapat tempat dihati penonton sehingga menjadi trending di Twitter dan juga tontonan nombor satu di Netflix.

Untuk kolum kali ini sebenarnya #OhDaebak tidak mahu berbicara mengenai perihal hero dan heroin dalam siri tersebut sebaliknya tertarik dengan watak antagonis yang dilakonkan oleh Lee Yoo Mi serta Yoo In Soo.

Mungkin yang menonton All Of Us Are Dead rasa macam pernah nampak wajah pelakon yang memainkan watak Lee Na Yeon kan? Ha kalau nak tahu itulah player 240 dalam drama fenomena Netflix, Squid Game.

Kalau dalam Squid Game wataknya disayangi ramai namun lain pula dalam drama kali ini kerana karakternya sebagai Lee Na Yeon cukup membencikan!

Lee Na Yeon iaitu seorang budak sekolah yang lonely, tidak ramai kawan, biadap, selfish dan menjengkelkan sahaja pun dah buatkan ramai penonton sakit hati!

#OhDaebak rasa tahap kesabaran penonton mula hilang apabila Na Yeon menyebabkan Gyeong Su menjadi mangsa dengan meletakkan sapu tangan mengandungi darah zombi pada lukanya semata-mata tidak mahu memohon maaf kepada lelaki tersebut. Memang kejam!

Lihat pada komen-komen penonton ini pun dah boleh bayangkan rasa sakit hati tu macam mana kan?

Lagi satu karakter paling dibenci adalah Yoon Gwi Nam, seorang pembuli di sekolah yang kemudiannya menyimpan dendam terhadap Lee Cheon San.

Nak tahu kenapa Gwi Nam bersumpah untuk membunuh Cheon San? Korang kena tonton sendiri okay! Mana boleh bagi kami je geram dengan perangai Gwi Nam ni..

Faham tak perasaan yang macam bila korang terlalu sakit jiwa dan geram dengan perangai antagonis sampai terpaksa berhenti tonton sekejap untuk tenangkan diri?

Ha macam tulah rasanya bila tonton All Of Us Are Dead ni.

#OhDaebak tak mahu lah nak ulas banyak-banyak, korang sendiri kena tonton drama ni tau baru tahu merana ke tidak eheh.

Saksikan All Of Us Are Dead secara eksklusif di Netflix tau! (KLIK SINI)

Banyak-banyakan bersabar okay bila tengok drama ni hehe.


Sinopsis:.

All Of Us Are Dead mengisahkan tentang situasi ekstrim yang berlaku apabila sebuah sekolah menengah dijangkiti virus zombi dan mereka yang berada di luar cuba menyelamatkan pelajar yang terperangkap di sekolah.

Drama ini memperlihatkan kekuatan jiwa mereka yang berjuang untuk hidup sehingga akhir hayat dengan ruang yang terhad.

Selain itu, drama ini juga menunjukkan sifat dan sikap manusia yang tersembunyi muncul apabila mereka dipaksa untuk melakukan sesuatu dalam situasi yang mengerikan.

Berdasarkan webtoon popular dengan judul yang sama, drama adaptasi ini diarahkan oleh Lee Jae Gyu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!