Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Artis Korea

#OhDaebak: Dari Start Up Ke Hometown Cha-Cha-Cha, Ini 6 Watak Kim Seon Ho Yang Ramai Jatuh Cinta

Mya Amri 05/09/2021 | 14:45 MYT
Permulaan yang baik buat drama Korea, Hometown Cha-Cha-Cha yang dibintangi oleh Kim Seon Ho dan Shin Min Ah apabila minggu pertama tayangannya sahaja sudah merekodkan rating tertinggi.
Tidak hanya jalan cerita dan sinematografi yang cantik, keserasian antara dua pelakon utama itu juga memainkan peranan dalam penting dalam Hometown Cha-Cha-Cha.
Berbicara mengenai Kim Seon Ho, boleh dikatakan jejaka kacak ini merupakan antara pelakon yang sedang meningkat naik di Korea.
Kemuncak popularitinya bermula selepas membintangi drama popular, Star Up tahun lalu dengan membawakan watak Han Ji Pyeong sehingga mewujudkan sindrom watak kedua (second lead syndrome) di kalangan penonton.
Jika sebelum ini #OhDaebak memperkenalkan Jung Hae In yang membintangi drama D.P, kali ini kami bawakan pula Kim Seon Ho.
BACA: #OhDaebak: So Much To Love! Ini Enam Watak Jung Hae In Paling Disukai Peminat
#Hong Du Sik (Hometown Cha-Cha-Cha)
Dalam Hometown Cha-Cha-Cha, Kim Seon Ho membawa peranan Hong Du Sik iaitu pakar dalam segala bidang perniagaan. Dia merupakan seorang jejaka yang kacak, manis dan juga ketua kampung Gongjin yang disenangi.
Walaupun tidak mempunyai pekerjaan tetap, dia mempunyai senarai perakuan dan lesen yang panjang. Dalam setiap keadaan, penduduk kampung pasti akan mengharapkan Hong Du Sik sekiranya mereka memerlukan pertolongan.
Sama ada berkerja sebagai barista atau membuat kontrak hartanah, Hong Du Sik berkebolehan melakukan segalanya.
#Han Ji Pyeong (Start Up)
Tidak dinafikan ramai yang jatuh cinta dengan Kim Seon Ho selepas melihat watak Han Ji Pyeong dalam Start Up. Walaupun Ji Pyeong tidak pandai meluahkan perasaannya, namun sikap dan keperibadiannya benar-benar bersesuai dengan panggilan Good Boy yang diberikan oleh nenek Dal Mi.
Dia akan berusaha keras untuk membantu orang tersayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sungguh memilukan apabila melihat Ji Pyeong terlewat menyedari perasaan cintanya terhadap Dal Mi dan berjuang ketika dia mulai kehilangan peluang.
#Jung Je Yun (100 Days My Prince)
Terima kasih kepada drama 100 Days My Prince, kita mempunyai bukti bahawa Kim Seon Ho kelihatan sangat tampan dengan Hanbok iaitu pakaian tradisional Korea.
Wataknya sebagai Jung Je Yun juga mendorong kepada second lead syndrome buat penonton. Je Yun bekerja di bahagian biro polis tetapi mempunyai penyakit yang dikenali sebagai prosopagnosia atau tidak dapat mengenali wajah dan hanya dapat mengecam Hong Sim.
Pintar, lucu, kacak dan menawan, Jung Je Yun boleh dikatakan pakej lengkap lelaki idaman wanita.
#Cha U Sik (Welcome to Waikiki 2)
Mungkin ramai yang belum mengenali Kim Seon Ho sewaktu terlibat dalam Welcome to Waikiki 2 ini namun kalau korang nak tahu, Cha U Sik ini merupakan peranannya yang paling lucu!
Cha U Sik adalah penyanyi bercita-cita tinggi yang akhirnya menguruskan rumah tumpangan dengan rakan-rakan lamanya.
Bersemangat untuk menaikkan kerjaya, U sik kemudiannya melakukan pelbagai pekerjaan dari menyanyi di majlis perkahwinan sehinggalah mengajar nyanyian.
Walaupun sibuk dia sentiasa ada bersama rakan-rakannya. Paling lucu adalah babak bermain rekoder dengan hidungnya. Tak tercapai dek akal yaa hahaha.
#Seon Sang Tae (Good Manager)
Berikutan kerjayanya sebagai pelakon teater yang popular, Kim Seon Ho membuat debut TV menerusi Good Manager. Wataknya adalah sebagai Seon Sang Tae iaitu pekerja termuda di jabatan perakaunan.
Orangnya sangat baik dan rajin. Sang Tae juga sering melakukan yang terbaik untuk tidak menyusahkan ahli pasukannya.
Dengan potongan rambut ala nerd dan berkaca mata, Sang Tae berjaya memberikan penampilannya sebagai seorang ulat buku yang comel.
#Oh Jun Gyu (Strongest Deliveryman)
Watak Oh Jin Gyu merupakan salah satu watak terbaik dalam Strongest Deliveryman. Jin Gyu adalah pewaris manja yang gemar menikmati kehidupan biasa.
Walaupun kelihatan lucu dan nakal, dia sebenarnya sangat kesepian dan mempunyai rasa rendah diri yang teruk kerana sikap kasar bapanya.
Setelah menjadi sebahagian daripada komuniti penghantar atau dalam bahasa lainnya adalah rider, Jin Gyu mula mengalami perubahan pada dirinya.
Paling terharu apabila penonton sendiri dapat melihat Jin Gyu mula merasai erti persahabatan sejati dan juga kebahagian dalam dirinya.
Oh, kalau nak tahu korang boleh tonton semua drama lakonan Kim Seon Ho ini di Netflix tau.
Korang hanya perlu taipkan tajuk drama di ruangan search sahaja lepas tu, bammm! Boleh tonton dah.
Untuk Hometown Cha-Cha-Cha pula, jangan lupa tau episod baru adalah setiap Sabtu dan Ahad, jam 10 malam di Netflix.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
#Korea #Artis Korea #Drama Korea #K-Drama #Netflix #Kim Seon Ho #Oh Daebak #Hometown Cha-Cha-Cha #Netflix
;