Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Artis Korea

#OhDaebak: Ini Rupanya Profile Bintang Penthouse, Patutlah Lakonan Semua Power!

Mya Amri 21/02/2021 | 14:50 MYT
Drama bersiri popular Korea, Penthouse 2 telah pun membuka tirai sejak semalam, 20 Februari 2021.
Drama yang mencetuskan fenomena dalam industri hiburan Korea ini sudah pasti membuatkan penonton kembali ‘berperang’ dengan emosi.
Rata-rata yang sudah menyaksikan Penthouse musim lalu memuji lakonan hebat para pelakon yang diangkat sebagai teraju utamanya.
Buktinya sebelum drama memulakan tayangannya untuk musim kedua, kata kunci Penthouse2 sudah beberapa kali menjadi trending di media sosial.
Jom kenali profile barisan bintang utama The Penthouse 2:
Kim So Yeon (Cheon Seo Jin)
Dilahirkan pada 2 November 1980, pelakon berusia 40 tahun ini rupanya terlibat dengan dunia seni sejak berumur 14 tahun dengan menyertai pertandingan ratu cantik Miss Biggrae tanpa persetujuan ibu bapanya selain debut menerusi drama siri Dinosaur Teacher pada tahun 20214.
So Yeon mula dikenali selepas membawakan watak antagonis menerusi drama hit, All About Eve yang mendapat sambutan penonton dengan rating 45.2% pada tahun 2000.
Tidak terhenti di situ, So Yeon sekali lagi menjadi sebutan selepas membintangi drama terkenal Iris dan membawakan watak sebagai perisik Korea Utara.
Selain All About Eve dan Iris, antara drama hebat lain yang dibintangi So Yeon adalah Prosecutor Princess (2010), Happy Home (2016) serta The Penthouse: War in Life (2020).
So Yoen juga pernah beberapa kali menggondol anugerah utama (Daesang) dan dinobatkan sebagai Star of the Year (2016), Top Excellence Award, Actress in Serial Drama (2016) dan Top Excellence Award, Actress in a Mid-Length Drama menerusi The Penthouse tahun lalu.
Lee Ji Ah (Shim Soo Ryeon)
Lee Ji Ah atau nama sebenarnya Kim Sang Eun telah berpindah ke Amerika Syarikat ketika di tahun enam dan menetap di sana selama 10 tahun.
Bagaimanapun semasa lawatannya ke Korea pada tahun 2004, Ji Ah muncul dalam iklan televisyen bersama pelakon terkenal Bae Yong Joon untuk LG Telecom.
Ji Ah kemudiannya debut menerusi drama fantasi berjudul The Legend bersama Bae Yong Joon pada tahun 2007.
Dia juga dinobatkan sebagai penerima anugerah Artis Baharu Terbaik, Anugerah Populariti dan juga Pasangan Terbaik (bersama Yong Joon) di Anugerah drama MBC (MBC Drama Awards) pada akhir tahun tersebut.
Ji Ah juga turut membintangi drama popular, Beethoven Virus pada tahun 2008 dan memegang watak sebagai seorang pemain piano yang mempunyai masalah pendengaran.
Pada tahun 2014, Ji Ah telah menandatangani kontrak tiga gambar dengan Maybach Film Productions sebagai penulis skrip.
Untuk pengetahuan, pelakon cantik ini juga mengambil jurusan reka bentuk grafik di Pasadena Art Center College of Design.
Antara drama lain lakonan Ji Ah adalah Style (2009), Athena: Goddess of War (2010), Me Too, Flower! (2011), The Woman Who Married Three Times (2014) dan The Ghost Detective (2018).
Eugene (Oh Yoon Hee)
Eugene atau nama sebenarnya Kim Yoo Jin sebelum cukup terkenal sebagai anggota kumpulan gadis idola Korea S.E.S.
Menyingkap zaman persekolahannya, Eugene boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar kerana lebih 80% daripada subjek pembelajarannya mendapat kepujian A (sekolah tinggi). Malah sewaktu di sekolah menengah, hampir semua subjek yang diambilnya cemerlang.
Antara sekolah yang pernah dihadiri Eugene adalah Agueda I. Johnston Middle School (Oktober 1992- Jun 1995), John F. Kennedy High School (Jun - September 1997 dan Kent Foreign School, Seoul pada Jun 1999.
Dilahirkan pada 3 Mac 1981, Eugene memulakan kerjaya sebagai sebahagian S.E.S dari tahun 1997 hingga 2002 dan dianggap sebagai kumpulan gadis K-pop pertama yang berjaya. Bagaimanapun kumpulan diumumkan pembubarannya pada tahun 2002.
Eugene kemudiannya memulakan debut dalam bidang lakonan menerusi siri televisyen berjudul Loving You pada tahun 2002.
Antara drama popular lain lakonan Eugene adalah Wonderfull Life (2005), Love Truly (2006), One Mom and Three Dads (2008), King of Baking, Kim Tak Gu (2010) dan All About My Mom (2015).
Eugene juga telah mengarang dua buah buku iaitu Eugene's Beauty Secrets dan Eugene's Get It Beauty.
Selain itu, Eugene merupakan presiden bersama untuk jenama pakaian byMOMO.
Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad bermula hari ini, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
BACA: Penthouse 2 Dah Start Guys! Ready Mental Dan Emosi, Sakit Hati Jangan Sampai Baling TV
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
#Artis Korea #Eugene #The Penthouse #Gempak Chingu #OhDaebak #Cheon Seo Jin #Lee Ji Ah #Oh Yeon Hee #Penthouse 2 #Shim Soo Ryeon #Kim So Yeon
;