Saat yang dinantikan oleh peminat K-drama akhirnya tiba apabila drama bersiri popular, Penthouse kembali dengan musim kedua bermula hari ini.

Walaupun waktu siaran Penthouse 2 di Malaysia bermula malam ini, namun peminat sudah menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat kesinambungan jalan cerita hebat drama tersebut.

Malah sejak semalam hashtag dan kata kunci berkaitan dengan Penthouse 2 juga menjadi trending di Twitter antaranya #Penthouse2, Yoon Hee, Logan Lee dan Rona.

Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan oleh peminat K-drama:



Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad bermula hari ini, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera.