Episod akhir Penthouse musim kedua menyaksikan penamat yang penuh emosi dan mengejutkan penonton.

#OhDaebak juga dapat merasakan episod final itu memberikan kesan yang mendalam kepada penonton sehingga beberapa kata sohor seperti #Penthouse2Ep13, #LoganLee dan #Penthouse2 menjadi trending di Twitter.

Secara jujurnya #OhDaebak sendiri tidak menyangka akan menyaksikan kematian tragis Logan Lee yang merupakan harapan penonton dalam menyelesaikan kemelut dalam Penthouse 2.




Kematian Logan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kecewa dan patah hati dengan ‘plot twist’ dalam drama hit berkenaan.

Tidak kurang juga sudah ada yang mula membuat spekulasi mengenai Penthouse musim ketiga yang berkemungkinan menuntut pembalasan dendam terhadap kematian Logan.

Apa-apa pun #OhDaebak rasa kita tak boleh nak ramal jalan penceritaan Penthouse ni, kadang-kadang plot twist tu memang di luar jangkaan ya!

Mana tahu tiba-tiba Logan Lee pula ada kembar kan? Apa sahaja boleh berlaku dalam Penthouse ya.

Korang pula rasa macam mana? Jom borak dekat ruangan komen Facebook Astro Gempak nanti.

Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!