Seperti yang kita tahu sebut sahaja drama Korea, boleh dikatakan majoriti naskhah yang dihasilkan negara itu berjaya menjadi fenomena dunia.

Antara karya-karya popular yang masih lagi menjadi sebutan sehingga kini adalah Full House, Winter Sonata, Stairway to Heaven, Coffee Prince, Descendant of The Sun dan Goblin.

Tidak hanya semata-mata menyajikan pelakon yang kacak, malah kualiti lakonan mereka juga memang tip top!

Itu baru fasal pelakon, belum lagi masuk jalan cerita dan plot drama Korea.

Tidak dinafikan pengarah untuk setiap naskhah begitu bijak bermain dengan emosi penonton ini termasuklah mengambil kira babak menarik, cinematografi yang cantik, penyusunan cerita dan sebagainya.

Lihat sahaja bagaimana kejayaan Squid Game, Start Up dan juga My Name.

Disebab itu juga, kali ini #OhDaebak ingin menyeksa jiwa peminat K-drama lagi dengan menyenaraikan beberapa siri baharu wajib ada dalam list korang lagi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

#Secret Royal Inspector & Joy

#The Red Sleeve

#I’ll Become Your Night

#Melancholia

#Jirisan

#The King’s Affection

Selamat menonton guys! Jangan stress-stress tengok list baru ni tau hehehe.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!