Annyeong guys! Get ready tau sebab siri popular Netflix, Money Heist versi Korea Selatan akan menemui korang tidak lama lagi!

Siri yang mencipta fenomena luar biasa ini telah mengumumkan pelakon Korea beserta watak mereka dalam Money Heist: Korea - Join Economic Area.

Money Heist versi Korea ini menampilkan pengarah, Kim Hong Sun dan pandangan berbeza yang digarapkan oleh penulis Ryu Yong Jae mengenai siri popular Sepanyol La Casa De Papel ini.

Sudah pasti siri tampil dengan watak dan personaliti yang bakal memberikan impak buat penonton.

Di sini #OhDaebak memperkenalkan para pelakon yang membawakan watak power dalam Money Heist: Korea - Join Economic Area.

#1. Yoo Ji Tae sebagai The Professor

Memegang watak sebagai Professor iaitu dalang di sebalik rompakan. Profesor memainkan peranan penting dalam siri ini sejak awal lagi, mengatur dan merekrut kumpulan pencuri dari Utara dan Selatan untuk mencuri 4 trilion won.

“Bagi saya, Professor adalah ahli strategi genius yang merancang rompakan melalui prinsip dan visinya," kata Yoo Ji Tae.

Bagaimana agaknya Professor akan membimbing krunya dengan teliti untuk melaksanakan rompakan terhebat eh?

#2. Park Hae Soo sebagai Berlin

Kalau dahulu Hae Soo muncul dalam popular dunia Squid Game, kali ini pelakon hebat ini kembali sebagai Berlin.

Seorang yang dingin, jujur dan kejam. Menerusi Money Heist Korea, Berlin ialah tahanan Korea Utara yang telah menghabiskan 24 tahun terakhir di kem tahanan.

Sebagai ketua rompakan itu, Berlin yang memberontak percaya bahawa kawalan penuh ke atas pasukannya hanya boleh dicapai melalui rasa takut dan perpecahan dalam team.

#3. Jun Jong Seo sebagai Tokyo

Jun Jong Seo yang dikenali dalam filem thriller Korea, The Call, akan membawakan karakter Tokyo iaitu watak yang pernah dilakonkan oleh Úrsula Corberó.

Dalam versi Korea, Tokyo adalah warga Korea Utara yang berhijrah ke Selatan dengan satu impian apabila sempadan dibuka. Namun segalanya tidak seperti yang dibayangkan.

Bagaimanapun dia mendapat sedikit harapan selepas bertemu dengan Professor yang memujuk untuk menyertai pelan induknya.

Tokyo merupakan watak yang setiap keputusan dilakukannya mampu mengubah keseluruhan permainan.

#4. Lee Won Jong sebagai Moscow

Moscow merupakan seorang lelaki sederhana yang hanya bermimpi untuk menjalani kehidupan normal bersama anaknya.

Seperti rakan sejawatannya dari Sepanyol, yang digambarkan oleh Paco Tous, Moscow adalah pelombong Korea Selatan yang akan bertanggungjawab menggali jalan keluar untuk rompakan besar itu.

#5. Kim Ji Hoon sebagai Denver

Jika sebelum ini Kim Ji Hoon disahkan membintangi filem Netflix yang akan datang berjudul Ballerina, namun korang boleh menonton lakonan hebatnya sebagai Denver terlebih dahulu.

Denver merupakan anak lelaki Moscow yang gemar menyusahkan orang. Namun di sebalik karakternya itu, Danver merupakan bekas ‘gang members’ guys!

Bagaimana agaknya Danver dalam siri versi Korea ini nanti ya?

#6. Jang Yoon Ju sebagai Nairobi

Jang Yoon Ju merupakan model terkenal di Korea dan telah membuktikan bakatnya sebagai seorang pemuzik, DJ, pengarang dan juga pelakon.

Bintang berbakat ini mengambil karakter yang dilakokan oleh Alba Flores untuk menggambarkan peranan Nairobi dalam Korea remake ini seorang pakar dalam pemalsuan.

#7. Lee Hyun Woo sebagai Rio

Kerjaya lakoanLee Hyun Woo bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Sehingga kini antara drama dan filem popular yang dibintanginya adalah The Return of Iljimae dan Secretly, Greatly.

Dalam Money Heist pula, Hyun Woo akan melakonkan watak sebagai Rio iaitu seorang penggodam, di mana watak yang sebelum ini dimainkan oleh Miguel Herrán.

Rio merupakan bekas pelajar dari sekolah perubatan yang bertukar menjadi penggodam genius.

#8. Kim Ji Hun sebagai Helsinki & Lee Kyu Ho sebagai Oslo

Rakan sejawat Sepanyol, Helsinki dan Oslo adalah sepupu dan kedua-duanya akan bertanggungjawab ke atas senjata pasukan.

Saksikan Money Heist: Korea - Joint Economic Area bermula 24 Jun ini hanya di Netflix.

Money Heist: Korea - Join Economic Area mengisahkan tentang ahli strategi yang genius dan krewnya yang berbakat yang terdiri daripada pencuri kelas atasan.

Mereka cuba melakukan rompakan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Korea.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!