Kurang sebulan sahaja lagi drama Korea popular Penthouse bakal ditayangkan untuk musim ketiga.

Walaupun baru sahaja episod 10 drama hebat Taxi Driver yang baru bersiaran sebentar tadi, namun netizen juga sudah mula meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton Penthouse 3.

Malah perasaan mereka juga berbelah bahagi diantara Penthouse 3 dan juga Taxi Driver.

Percayalah #OhDaebak cukup faham perasaan seperti itu, macam tak sabar nak tunggu Penthouse 3 tetapi dalam masa yang sama tak mahu Taxi Driver habis cepat.

Lebih-lebih lagi dah dekat nak raya ni, makin ramai yang menonton kembali episod Penthouse musim pertama dan kedua sebagai tanda ambil mood sebelum muncul Penthouse 3.







BACA: #OhDaebak: Date Penthouse 3 Dah Confirm Tapi Seminggu Sekali je?- “Makin Seksa Jiwa La Macam Ni!”


Oh ya! Sebelum itu #OhDaebak juga nak kongsilah perasaan gembira dengan korang sebab berpeluang temu bual bintang Penthouse, Kim Young Dae yang memegang watak sebagai Joo Seok Hoon.

#OhDaebak juga ada bertanya soalan yang ramai orang curious antaranya macam mana Kim Young Dae ni in real life.

Adakah pendiam atau suka tenung-tenung bagi pandangan tajam sama macam Seok Hoon? Nak tahu Young Dae jawab apa? Nantikan ya hehe.

Oh korang jangan lupa pula saksikan Penthouse 1 dan Penthouse 2, setiap Selasa hingga Jumaat bermula jam 6.55 petang tau di ONE (saluran 393).

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!