Tarikh tayangan bagi drama Korea popular, Penthouse musim ketiga telah pun diumumkan

Bagaimanapun sedikit perubahan kali ini apabila Penthouse 3 akan ditayangkan hanya sekali seminggu.

Penggambaran Penthouse 3 yang bermula pada 27 April lalu dikhabarkan bakal memberi lebih kejutan kepada penonton.

Dijadualkan tayangannya pada setiap Jumaat bermula 4 Jun depan, Penthouse 3 bakal menyaksikan pelbagai drama yang berlaku dalam kelompok kayangan berkenaan selain pembalasan bermula.

Naskhah yang sudah memasuki siri ketiga ini juga akan memperkenalkan watak-watak baru antaranya lakonan Oh Joo Wan dan Park Ho San.

Berita itu juga mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyatakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan kesinambungan Penthouse.

Ini merupakan antara reaksi netizen yang dapat #OhDaebak kongsikan kepada pembaca.


Jadi guys korang dah ready ke belum tu?

#OhDaebak pun dah mula rasa tak sabar nak tahu apa yang terjadi kepada Logan Lee.

BACA: #OhDaebak: “Logan Lee Tak Patut Mati! We Need Him!” - Heartbroken, Episod Final Penthouse 2 Mind-Blowing!

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!