Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#OhDaebak: Selepas Suga, RM & Jin Pula Positif, Ini Lima Artis Korea Yang Pernah Dijangkiti COVID-19

Mya Amri
27/12/2021 14:45 MYT
Selepas Suga dilaporkan positif kini dua lagi anggota kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS iaitu RM dan Jin pula dijangkiti COVID-19.

Berita tersebut dimaklumkan agensi mereka, Big Hit Music menerusi aplikasi Weverse pada Sabtu.

Menurut kenyataan tersebut, RM yang tiba di Korea Selatan dari Amerika Syarikat (AS) pada 17 Disember lalu menjalani kuarantin seperti arahan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, RM yang hampir menamatkan kuarantin didapati positif selepas menjalankan ujian sekali lagi namun tidak mengalami sebarang simptom.

Bagaimanapun, Jin yang pulang lebih awal pada 6 Disember juga disahkan positif selepas menjalani ujian kali kedua gara-gara mengalami simptom selesema.

Suga, RM dan Jin kini menjalani kuarantin kendiri dan tidak mempunyai kontak dengan anggota BTS yang lain.

Sebelum ini juga industri hiburan Korea telah digemparkan dengan beberapa kes COVID-19 yang melibatkan nama-nama besar artis mereka.

Di sini #OhDaebak senaraikan lima artis Korea yang pernah dijangkiti COVID-19 dan telah sembuh sepenuhnya.

1. Lisa BLACKPINK

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)


Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban telah didiagnosis dengan COVID-19 pada 24 November lalu manakala tiga anggota lain, Jisoo, Rose dan Jennie dilaporkan negatif.

BACA: COVID-19: Lisa Tak Alami Sebarang Simtom, Jennie, Jisoo Dan Rose Negatif


2. Ji Chang Wook

A post shared by 지창욱 (@jichangwook)


Ji Chang Wook merupakan antara nama besar dalam industri hiburan Korea yang disahkan positif COVID-19 pada Julai lalu.

Netflix juga telah menagguhkan penggambaran drama terbaharu berjudul The Sound of Magic demi keselamatan ramai.

BACA: Oh No! Ji Chang Wook Positif COVID-19, Penggambaran Drama Ditangguhkan

Pada 15 Ogos, Chang Wook telah mengemaskini akaun Instagramnya dengan memuat naik beberapa foto terbaharu yang menunjukkan dirinya telah sembuh.


3. BTOB Minhyuk

A post shared by 이민혁 (@hutazone)


Minhyuk disahkan positif COVID-19 pada 17 Julai selepas mengalami demam dan batuk yang teruk.

Minhyuk kemudiannya menjalani kuarantin selepas menyedari guru vokalnya telah dijangkiti COVID-19 sebelum dia sendiri mengalami simptom tersebut.

Selepas dibenarkan pulang dari hospital, Minhyuk memaklumkan dia kehilangan berat badan sebanyak 4kg sepanjang ‘bertarung’ dengan virus tersebut.

Berkongsi dengan para peminatnya, Minhyuk juga menyatakan dia mengalami demam yang tinggi, sakit kepala dan batuk yang teruk sehingga mengalami kesukaran bernafas.


4. ENHYPEN

A post shared by ENHYPEN (@enhypen)


Pada September lalu, enam daripada tujuh anggota kumpulan K-Pop ENHYPEN disahkan positif.

Jungwon, Heeseung, Jay, Jake, dan Sunghoon dijangkiti COVID-19 pada 2 September, namun tiga hari kemudian agensi mereka, Belift Lab mengesahkan Ni-Ki juga turut positif.

Sunoo juga telah menjalani ujian dan peminat menarik nafas lega selepas keputusan yang dikeluarkan adalah negatif.

Kesemua anggota ENHYPEN kini telah pulih dan kembali aktif seperti sediakala.


5. Siwon

A post shared by 최시원 • Siwon Choi (@siwonchoi)


Siwon yang juga merupakan anggota kumpulan Super Junior ini memaklumkan dirinya dijangkiti COVID-19 pada 10 Disember lalu.

Siwon menerima keputusan positif selepas menjalani ujian PCR sebagai tuntutan rutin dan langkah berjaga-jaga sebelum melakukan apa-apa aktiviti atau kerja yang melibatkan dunia hiburan.

Pada 10 Disember, Siwon menerusi akaun Twitternya memaklumkan kepada peminat bahawa dia sudah kembali sihat.

“Hai semua! Saya kembali! Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan perubatan yang menjaga saya dan mereka yang risaukan saya.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk menamatkan tahun ini dengan kuat! Sila jaga diri anda dan mari kita kalahkan virus ini bersama-sama!” coretnya.

Jadi kepada semua peminat BTS, sama-sama doakan supaya Suga, RM dan Jin cepat sembuh.

We purple you!

Kredit main photo: @gq_korea / @voguekorea
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!

#BTS #Artis Korea #BTS Suga #RM #Jin #SUGA #Artis Korea COVID-19 #Oh Daebak #OhDaebak #BTS Jin #BTS RM #Lima Artis #Lima Artis Korea
;