Anugerah Golden Disc Awards ke-36 (GDA2022) tahun ini telah pun melabuhkan tirainya semalam.

Walaupun diadakan di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea namun disebabkan situasi COVID-19 yang melanda dunia, tiada penonton dibenarkan hadir dan persembahan juga telah dirakamkan terlebih dahulu.

Berbalik kepada anugerah, mungkin ada yang belum tahu jadi di sini #OhDaebak ingin kongsikan mengenai penilaian pemenang.

Pemenang akhir dipilih 60 peratus berdasarkan jualan yang dikira sehingga pertengahan Disember 2021 dan 40 peratus lagi berdasarkan pemarkahan oleh panel hakim.

Panel hakim pula bukan calang-calang orangnya ya guys, mereka terdiri daripada 50 pakar industri termasuk wartawan muzik, pengarah penerbitan program muzik, pengkritik muzik, wakil pengedaran muzik, dan jawatankuasa pelaksana majlis.

Tahun ini juga sekali lagi menyaksikan kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS membawa pulang anugerah utama iaitu Daesang untuk kategori Artis of The Year menerusi album BE.

IU juga turut dinobatkan sebagai penerima Digital Daesang bagi kategori Digital Song of The Year menerusi lagu Celebrity.

Berikut #OhDaebak sertakan senarai penuh pemenang GDA2022 di bawah.


Digital Song Division Bonsang

Lee Mujin - Traffic Light

STAYC - ASAP

Oh My Girl - Dun Dun Dance

AKMU - NAKKA (with IU)

Heize - HAPPEN

aespa - Next Level

IU - Celebrity

BTS - Butter

Album Division Bonsang

TXT - The Chaos Chapter: FREEZE

ENHYPEN - DIMENSION : DILEMMA

IU - LILAC

NCT DREAM - Hot Sauce

Stray Kids - NOEASY

NCT 127 - Sticker

SEVENTEEN - Attacca

BTS - BE

Artist of The Year:
Aespa

Album of The Year (Daesang):

BTS - BE

Song of The Year (Daesang):

IU - Celebrity

Rookie Artist of The Year:

Aespa

STAYC

Best Group:

Brave Girls

Best Performance:

THE BOYZ

Jeon Somi

Best Solo Artist:

Im Young-woong

Cosmopolitan Artist Award:

SEVENTEEN

Aespa

seezn Golden Disc Popularity Award:

BTS

Tahniah untuk semua pemenang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!