Hasil penangan jalan cerita drama Korea terbaharu, Twenty Five Twenty One membuatkannya kekal nombor satu dalam carta.

Ini menunjukkan penonton semakin bijak menilai kualiti cerita dan tidak hanya bersandarkan pelakon kacak, cantik dan popular semata-mata.

Kalau nak tahu rating Twenty Five Twenty One kekal stabil pada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 10.9 peratus.

Jumlah itu sekaligus meletakan drama itu menjadi tempat pertama dalam slot masanya untuk semua saluran (termasuklah rangkaian penyiaran awam).

Drama itu juga kekal di tempat pertama dalam kalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun dengan purata di seluruh negara sebanyak 6.1 peratus. Hebat kan?

Mungkin pada mereka yang belum menonton, cerita ini nampak macam biasa sahaja. Tetapi percayalah, episod satu pun dah boleh buat korang melekat dan tak sabar nak tonton episod seterusnya.

Lakonan Nam Joo Hyuk okay ke? Hello dalam cerita ini Joo Hyuk semakin bagus dan berjaya membawakan wataknya dengan baik.

#OhDaebak faham mungkin sebelum ini ada yang skeptikal dengan Joo Hyuk kerana lakonannya sering dikatakan ‘sama sahaja’, tidak ada kelainan.

Namun dalam Twenty Five Twenty One, korang sendiri dapat melihat kematangan Joo Hyuk membawakan karakter sebagai Baek Yi Jin.

Keserasian antara Joo Hyuk dan Kim Tae Ri juga amat bagus, masing-masing berjaya menghidupkan dan memberikan ‘jiwa’ pada karakter.

Saksikan Twenty Five Twenty One secara eksklusif hanya di NETFLIX.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!