Artis Korea
#OhDaebakEksklusif: Lee Sun Kyun Tentang Kingmaker, Tekanan & Lakonan Hebat
Filem yang paling dinantikan di Korea berjudul Kingmaker telah pun memulakan tayangannya di pawagam pada April lalu.
Drama berunsur politik ini dibintangi oleh pelakon kelas A Korea iaitu Lee Sun Kyun dan juga Sul Kyung Gu.
Kini filem tersebut juga turut ditayangkan di tvN movie dan juga On Demand khas buat penonton setia Astro.
Pada awalnya filem ini dijadualkan penayangannya pada Disember tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan.
Seperti yang diketahui ramai, tidak mudah untuk memainkan watak apatah lagi apabila sesebuah karya itu melibatkan politik.
Sempena penayangan Kingmaker, #OhDaebak sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk menemubual Lee Sun Kyun yang juga merupakan bintang filem hit Parasite secara eksklusif.
Ikuti temu bual di bawah:
OD: "Apakah pandangan pertama anda tentang skrip sebaik sahaja ditawarkan watak tersebut?"
Lee Sun Kyun: "Saya merasakan ia adalah filem politik yang cemerlang. Walaupun ia menggunakan ahli politik sebenar sebagai motif namun cerita itu tidak berat sebelah atau menyebelahi mana-mana pihak tertentu. Saya sukakan bahagian itu."
OD: "Bagaimana anda membuat persiapan sebagai Seo Chang Dae dan bahagian mana yang dititik beratkan sewaktu menggambarkan seseorang."
Lee Sun Kyun: "Saya memberikan tumpuan kepada karakter saya iaitu Seo Chang Dae tentang mengapa dia hanya boleh hidup seperti bayang-bayang. Dia seorang yang sangat pintar tetapi mengalami trauma dari persekitaran tempat dia dilahirkan.
"Pada mulanya dia agak gelisah walaupun memiliki kecerdasan namun terpaksa menyembunyikan kelebihannya daripada ahli parti politik. Berbanding dengan watak lain, hampir tiada maklumat tentang Seo Chang Dae yang boleh saya rujuk.
"Saya menjumpai kandungan YouTube dan Podcast yang berkaitan namun tidak banyak mempunyai rekod maklumat tentangnya.
"Jadi pada saya agak kurang faktor yang boleh memberi tekanan kepada saya sebagai pelakon untuk menggambarkannya wataknya."
OD: "Bagaimana bekerja dengan Sul Kyung Gu?"
Lee Sun Kyun: "Sul Kyung Gu adalah pelakon yang saya sangat respek. Masa dulu bila ditanya siapa role model saya akan jawab tiada siapa.
"Tapi bila saya fikirkan mahu jadi pelakon yang bagaimana, jawapannya adalah pelakon Sul Kyung Gu. Saya sangat berterima kasih kepadanya.
"Teamwork kami sangat bagus. Saya rasa sangat berbesar hati dapat melakukan babak bersamanya. Saya benar-benar ingin melakukan yang terbaik dalam setiap babak bersamanya dan enjoy. Saya berterima kasih dengan keikhlasannya terhadap saya."
OD: "Cabaran terbesar membawakan watak ini?"
Lee Sun Kyun: "Agak mencabar untuk melakonkan watak berusia 20 hingga 60 tahun. Saya risau sekiranya saya tidak nampak neutral. Karakter Seo Chang Dae sangat susah.
"Saya tidak 100 peratus berpuas hati dengan lakonan saya. Ada beberapa bahagian yang saya rasa agak menyesal kerana saya boleh lakukan lebih baik. Tetapi secara keseluruhan saya puas hati dan saya percaya pengarah akan menunjukkannya dengan baik.
OD: "Anda berdua merupakan pelakon yang hebat, sudah pasti ramai yang meletakkan ekspektasi tinggi, adakah itu memberikan tekanan?"
Lee Sun Kyun: "Sebenarnya ramai lagi pelakon hebat yang muncul dalam filem selain kami berdua. Tapi kami juga merasakan sedikit tekanan di mana kami perlu melakonkan watak kami dan senario naskhah itu dengan baik.
"Bekerja dengan Sul Kyung Gu merupakan impian saya sejak kecil dan saya berasa sangat teruja dan juga berbesar hati."
Jadi kepada peminat filem, #OhDaebak cadangkan anda tonton Kingmaker untuk menyaksikan lakonan hebat Lee Sun Kyun dan Sul Kyung Gu.
Filem ini juga merangkul anugerah bagi kategori Pengarah Terbaik, Byun Sung Hyun dan Pelakon Terbaik, Sul Kyung Gu.
Kini filem tersebut juga turut ditayangkan di tvN movie bermula 4 Jun lalu dan untuk pilihan yang lebih fleksibel boleh ditonton di On Demand bagi pelanggan Movie Pack.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Must-Watch Video