Park So Dam Hidap Kanser Tiroid, Kini Dalam Proses Pemulihan
Mya Amri
14/12/2021 15:04 MYT
14/12/2021 15:04 MYT
Pelakon dan bintang filem Parasite, Park So Dam disahkan menghidap kanser Tiroid.
Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, Artist Company menerusi kenyataan rasmi selepas memberitahu So Dam tidak dapat menyertai promosi untuk filem terbaharunya berjudul Special Delivery yang bakal ditayangkan pada 12 Januari depan.
Menurut agensinya, So Dam kini memberi tumpuan untuk pemulihan kesihatannya.
“Park So Dam didiagnos menghidap kanser tiroid selepas melakukan rutin pemeriksaan kesihatan dan dia telah pun selesai melakukan pembedahan seperti saranan doktor.
“Memandangkan Special Delivery akan ditayangkan tidak lama lagi, So Dam berasa sangat kecewa kerana tidak dapat bersama dengan peminat yang telah menanti dan memberikan sokongan kepadanya.
“Namun walaupun dia tidak dapat menyertai promosi itu tetapi dia tetap akan memberikan sokongan terhadap tayangan premier tersebut.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan pasukan produksi Special Delivery yang turut mengharungi situasi sukar bersama mereka yang menyokong dan So Dam.
"Park So Dam perlu fokus pada pemulihan sehingga benar-benar sihat dan kami akan melakukan yang terbaik agar dia cepat sembuh. Terima kasih," maklumnya.
Sebelum ini nama Park So Dam meletup selepas muncul dalam filem Parasite yang berjaya mencipta sejarah selepas memenangi Filem Terbaik di Anugerah Oscars.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi