Pelakon Winter Sonata Choi Ji Woo Selamat Bersalin, Welcome Baby Girl!
Mya Amri
18/05/2020 10:37 MYT
18/05/2020 10:37 MYT
Pelakon drama terkenal Korea Winter Sonata, Choi Ji Woo, 44, selamat menimang cahaya mata perempuan.
Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, YG Entertainment pada Sabtu.
“Choi Ji Woo selamat bersalin anak perempuan pada tengahari, 16 Mei. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
“Ji Woo kini sedang berehat dan akan menjalani proses berpantang. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan mereka berdua,” kata wakil agansinya.
Terdahulu. Ji Woo telah berkahwin dengan suaminya yang bukan terdiri dikalangan selebriti pada 2018.
Ji Woo sebelum ini mula dikenali selepas bergandingan dengan aktor Bae Yong Jun menerusi Winter Sonata pada tahun 2002.
Selain itu Ji Woo juga merupakan pelakon utama drama-drama popular antaranya Stairway To Heaven (2003), The Suspicious Housekeeper (2013) dan Temptation (2014).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU