Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pembedahan Super Junior Donghae Berjaya - “Saya Tak Tahu Lutut Seteruk Ini”

Mya Amri
18/01/2022 14:37 MYT
Anggota kumpulan K-Pop Super Junior, Lee Donghae selamat menjalani pembedahan lutut.

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Donghae menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Donghae, dia sendiri tidak tahu kondisi lututnya agak teruk.

“Saya tidak tahu lutut saya sebegini teruk. Doktor ada memberitahu yang saya berkemungkinan perlu membuat pembedahan.

“Saya tidak kisah sekiranya saya berseorangan tetapi memikirkan saya mungkin menjadi beban kepada anggota lain jadi saya buat keputusan untuk melakukannya.

“Saya juga harus menjaga diri dengan lebih baik dan menunjukkan imej yang bagus,” tulisnya.

A post shared by H a R u (@leedonghae)

Tambah Donghae lagi, peminat tidak perlu bimbang kerana dia kini dalam proses pemulihan.

“Pembedahan berjaya dilakukan dan terima kasih atas doa anda semua. Harap saya dapat kembali dengan sihat dan kini sedang dalam proses pemulihan,” coretnya.

Terdahulu, dalam sidang media Super Junior D&E penghujung November lalu Donghae mendedahkan mengalami masalah lutut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

#Super Junior #Artis Korea #Lutut #Lee Dong Hae #Artis Korea Pembedahan #Pembedahan Lutut #Super Junior Dong Hae
;