Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penantian Peminat Berakhir! Selepas Empat Tahun, BIGBANG Akhirnya Buat Comeback

Mya Amri
07/02/2022 11:38 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal, BIGBANG bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Berita gembira itu disahkan oleh agensi mereka iaitu YG Entertainment dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin.

Menurut YG, BIGBANG telah pun selesai merakamkan lagu baharu mereka.

“BIGBANG akan mengeluarkan lagu baharu mereka pada musim bunga ini. Buat masa ini mereka telah pun selesai merakam lagu baharu mereka.

“Kini BIGBANG sedang membuat persiapan untuk menjalani penggambaran muzik video pula,” maklum agensinya.

BIGBANG dikhabarkan akan membuat kemunculan semula bersama empat anggotanya tanpa Seungri iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung.

Kemunculan semula BIGBANG ini menandakan muzik baharu pertama mereka dalam tempoh empat tahun selepas Flower Road pada Mac 2018.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi, Koreaboo

#Bigbang #Artis Korea #comeback #Kemunculan Semula #Artis Korea Comeback