Artis Korea
Penthouse 3 Mohon Maaf Guna Footage Sebenar Tragedi Runtuhan Gwangju
Pihak produksi drama Korea popular, Penthouse 3 membuat permohonan maaf kerana menggunakan rakaman sebenar tragedi runtuhan bangunan Gwangju.
Footage tersebut digunakan dalam episod terbaharu Penthouse 3 yang bersiaran baru-baru ini.
Berikut merupakan kenyataan rasmi pihak produksi Penthouse 3.
“Pertama, kami telah mengesahkan bahawa rakaman yang tidak sesuai dari kemalangan runtuhan bangunan Gwangju dan gempa bumi Pohang digunakan dalam beberapa babak episod drama SBS Friday ‘The Penthouse 3’ yang ditayangkan pada 3 September.
“Kami dengan tulus meminta maaf kepada mangsa dan keluarga dari kemalangan runtuhan bangunan Gwangju dan gempa bumi Pohang serta semua penonton.
“Setelah masalah itu dikenal pasti, kami telah mula menghapus adegan itu tayangan ulangan sehinggalah perkhidmatan VOD.
“Di samping itu, kami akan melakukan yang terbaik untuk mencegah dari berulangnya kejadian seperti ini dan menyiasat mengapa rakaman ini digunakan.
“Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua orang yang pasti terluka dan kecewa dengan kejadian ini,” jelas pihak produksi.
Penthouse 3 bakal melabuhkan tirainya dengan episod akhir minggu hadapan.
Jangan lupa saksikan Penthouse 3 setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber / Foto: Soompi
Must-Watch Video