Artis Korea

“Pertama Kali Saya Tumbuk Dan Tendang Orang!” Kim Yoo Jung

gempak
Mya Amri
16/07/2020
14:13 MYT
Sponsor Banner
“Pertama Kali Saya Tumbuk Dan Tendang Orang!” Kim Yoo Jung
Pelakon Korea Kim Yoo Jung akui berdebar sewaktu melakonkan babak aksi dalam drama Backstreet Rookie.
Menurut Yoo Jung ini merupakan kali pertama cuba berlakon babak aksi.
“Disebabkan ini pertama kali berlakon aksi yang memerlukan saya untuk menumbuk dan menendang orang, memang tak dinafikan sangat gementar.
“Tapi disebabkan ramai yang memberikan tunjuk ajar, saya rasa seronok sewaktu melakonkannya,” katanya. Malah pihak produksi juga memuji Yoo Jung kerana membuat semua aksi tersebut dengan sendiri tanpa menggunakan pelakon aksi.
Terdahulu, Chang Wook membawakan watak sebagai Choi Dae Hyun iaitu seorang pengurus cawangan kedai serbaneka manakala Yoo Jung pula sebagai Jung Saet Byeol iaitu pekerja sambilan yang seksi di cawangan tersebut. Drama ini juga ditayangkan secara eksklusif di aplikasi iQIYI, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam.
Backstreet Rookie juga turut ditayangkan secara eksklusif di ONE (saluran 393) setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024