Pelakon terkenal Korea, Park Seo Joon disahkan positif COVID-19.

Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, Awesome ENT menerusi kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun menurut agensi, peminat tidak perlu bimbang kerana Seo Joon sudah melengkapkan vaksinasi dan juga mengambil dos penggalak.

“Seo Joon secara konsisten menjalani ujian COVID-19 menggunakan kit diagnosis kendiri sebelum berangkat untuk setiap jadual penggambarannya.

“Minggu lepas, sebelum berangkat untuk memenuhi tuntutan kerja, Seo Joon disahkan positif selepas membuat ujian menggunakan kit diagnosis kendiri.

“Selepas itu pada 19 Februari, keputusan ujian PCR Seo Joon juga menunjukkan positif.

“Seo Joon telah melengkapkan vaksin COVID-19 termasuklah dos penggalak. Buat masa ini dia tidak mengalami sebarang gejala yang teruk,” jelas agensinya.

Seo Joon akan menamatkan kuarantin kendirinya pada esok, 25 Februari.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Kredit foto: Dazed , Ziozia