Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mendapat perhatian peminat apabila menyanyikan lagu cover drama Korea popular berjudul Goblin.

Menerusi posting terbaru diakaun Instagrammya, Alif berkongsi video berdurasi 1 minit 31 saat yang merakamkan dirinya menyampaikan lagu tersebut.

Lebih manis lagi, lagu berjudul Beautiful nyanyian asal Crush itu merupakan permintaan isteri tercinta, Shadila Halid.

“Hari ini dia buat permintaan lagi, happy wife, happy life. Beautiful -Crush. Siapa geng suami terjebak tengok drama Korea baik mengaku cepat,” tulisnya.

Haritu dia request dah, harini request lagi.. Happy wife, happy life @shadilahalid .? Beautiful- Crush. p/s siapa geng suami yang terjebak tengok drama Korea baik ngaku cepat.

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on


Selain isterinya, ternyata nyanyian Alif itu berjaya memikat hati peminat sehingga ada yang membuat permintaan lagu-lagu Korea lain untuk dinyanyikan olehnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis juga memuji nyanyian dan sebutan Alif.

Sehingga kini video tersebut telah mencecah lebih 300,000 tontonan.