Ratu drama Korea berjudul Penthouse iaitu Kim So Yeon dilaporkan bakal membintangi Tale Of The Nine-Tailed 2 untuk musim kedua.

Penglibatan So Yeon itu adalah sebagai watak utama bagi menggantikan Jo Bo Ah yang merupakan pelakon drama itu untuk musim sebelumnya.

Berita itu dimaklumkan oleh Sport Chosun berdasarkan perkongsian oleh wakil industri semalam.

Bagaimanapun mengulas mengenai kenyataan tersebut, agensi So Yeon, J-Wide Company memaklumkan masih belum ada kata putus yang diberikan lagi.

Tale of the Nine-Tailed 2 adalah merupakan salag satu projek yang ditawarkan kepadanya. Namun berkenaan dengan persetujuan atau kemunculannya dalam drama itu masih belum ada kata putus diberikan lagi,” jelasnya.

Selain Jo Bo Ah, Tale of the Nine-Tailed juga dibintangi oleh pelakon terkenal Korea, Lee Dong Wook dan Kim Bum.

Tale of the Nine-Tailed yang disiarkan pada Oktober 2020 itu adalah drama fantasi moden tentang gumiho jantan (mitos musang berekor sembilan) yang menetap di bandar dan menyiasat tentang alam ghaib.

Baru-baru ini, pihak produksi telah mengesahkan Tale of the Nine-Tailed akan bersiaran sebanyak tiga musim.

Namun pelakon utamanya, Jo Bo Ah tidak dapat membintangi wataknya sebagai Nam Ji Ah untuk musim seterusnya.

Manakala Kim So Yeon yang muncul dalam drama fenomena, Penthouse menerusi watak Cheon Seo Jin pula disebut-sebut sebagai penggantinya.

Kredit main foto: Penthouse, 1st Look

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!