Pelakon Korea yang terkenal menerusi watak Han Ji Pyeong, Kim Seon Ho bakal muncul dalam drama baharu terbitan JTBC berjudul Run On.

Berita itu disahkan oleh agensinya, SALT Entertainment hari ini.

“Kim Seon Ho bakal membuat kemunculan istimewa menerusi drama Run On,” ujar wakilnya.

Seon Ho yang membawakan watak sebagai pengarah filem untuk drama itu juga sudah selesai menjalani penggambaran sepenuhnya.

Difahamkan, Seon Ho dipilih untuk membuat penampilan istimewa adalah berdasarkan pengalamannya bekerja dengan pengarah Run On, Lee Jae Hoon menerusi drama debutnya iaitu Good Manager sebelum ini.

Terdahulu, Seon Ho semakin dikenali selepas muncul dalam drama Start Up menerusi karakter Han Ji Pyeong.

Malah wataknya itu juga pernah menjadi trending di laman sosial bersama satu lagi karakter dalam Start Up iaitu Nam Do San yang dilakonkan oleh Nam Joo Hyuk.

Tanda pagar yang digunakan netizen adalah #teamHanJiPyeong dan juga #teamNamDoSan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi