Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Running Man Terkejut! Yoo Jae Suk Dedah Dapat Mesej Dari Yoo Eun Hye

Mya Amri
07/12/2021 15:07 MYT
Pengacara dan anggota Running Man, Yoo Jae Suk mendedahkan ada menerima kiriman mesej daripada pelakon, Yoo Eun Hye.

Pendedahan yang dibuat secara spontan dalam rancangan variati itu ternyata mengejutkan kesemua anggota Running Man.

Jae Suk mendedahkan perkara itu sewaktu segmen permainan Can You Hear Me? di mana pada ketika itu adalah giliran Jong Kook memakai fon kepala untuk mengelakkan daripada mendengar sebarang bunyi.

“Saya tidak akan bercakap banyak tentang perkara ini tetapi saya sebenarnya mendapat kiriman mesej daripada Yoo Eun Hye,” katanya.

Topik itu menyebabkan anggota Running Man lain cuba meneka isi kandungan mesej yang disampaikan Eun Hye sama ada dia meminta mereka untuk berhenti mengusiknya bersama Jong Kook.

Jae Suk bagaimanapun memberitahu dia kemudiannya menghubungi pelakon wanita tersebut.

"Tidak, tetapi pada mulanya saya juga ada rasa begitu. Jadi saya berfikir sama ada saya perlu menghubunginya atau tidak, namun saya bimbang saya akan dimarahi. Tetapi Eun Hye tidak begitu. Kami kemudiannya membuat panggilan telefon,” jelasnya.

Untuk mengetahui apakah kesudahnnya, anda boleh menonton Running Man di ONE (saluran 393).

Terdahulu, Jong Kook dan Eun Hye telah menjadi tumpuan utama peminat selama bertahun-tahun sejak mereka memulakan 'hubungan cinta’ atau love line dalam program SBS berjudul 'X-Man' (2003-2007).

Namun selepas ‘terpisahnya’ pasangan popular Running Man, Monday Couple iaitu Gary dan Song Ji Hyo maka anggota rancangan itu mula menjodohkan Ji Hyo dan Jong Kook.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.

#Running Man #Yoo Jae Suk #Kim Jong Kook #Artis Korea #Gempak Chingu #Yoo Eun Hye