Tayangan drama Korea hit, Vincenzo bagi episod 17 dan 18 terpaksa ditangguhkan.

tvN memaklumkan tayangan itu ditangguhkan untuk memperbaiki mutu dan kualiti drama itu supaya hasil yang diberikan kepada penonton lebih mantap.

Bagaimanapun, episod istimewa Vincenzo akan ditayangkan pada 17 April ini bagi menggantikan dua episod asal berkenaan.

Episod 17 dan 18 dijadualkan penayangannya pada 24 dan 25 April depan.

Vincenzo dibintangi oleh pelakon terkenal Korea Song Joong Ki, Jeon Yeo Bin dan Ok Taecyeon ini boleh ditonton di Netflix.

Sumber: Soompi