Pelakon Korea, Han Ji Hye selamat bersalin dan bergelar ibu kepada seorang anak perempuan selepas 11 tahun menanti.

Ji Hye mengumumkan berita gembira itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Tidak hanya coretan, Ji Hye juga turut mendedahkan wajah anak perempuannya dan juga pengalaman bersalin.

Menurut Ji Hye, dia terpaksa menangis di dalam tandas kerana mengalami kesakitan yang teramat kuat.

“Kami berjaya bertemu dengan puteri kami selepas menjalani pembedahan segera namun kesakitan selepas proses tersebut agak teruk sehingga membuatkan saya menderita selama beberapa hari.

“Saya pergi ke bilik mandi dan banyak menangis kerana kesakitan yang amat sangat selain berasa sedih.

“Bagaimanapun keadaan saya akhirnya bertambah baik secara beransur-ansur, tetapi saya sangat berharap agar saya dapat pulih tidak lama lagi.

“Proses menjadi ibu tidak mudah, tetapi saya gembira kerana dapat bertemu dengan bayi saya. Terima kasih banyak untuk ucapan tahniah,” tulisnya.

A post shared by Han Ji-Hye (@jh_han)


Han Ji Hye telah berkahwin dengan suaminya pada tahun 2010. Hasil perkahwin itu pasangan ini akhirnya nmendapat anak perempuan dilahirkan di sebuah hospital di Seoul pada 23 Jun 2021.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.