Artis Korea

“Saya Tak Rasa Saya Popular In Real Life” - Kim Young Dae Galas Watak Utama Dalam Shooting Stars

Mya Amri
16/05/2022
12:58 MYT
Pelakon Korea, Kim Young Dae tidak merasakan dirinya seorang yang popular.
Melakonkan watak sebagai bintang popular dalam drama terbaharu berjudul Shooting Stars, Young Dae mengakui banyak belajar daripada pelakon yang lebih senior.
“Saya banyak belajar dengan pelakon yang lebih senior di set penggambaran. Mereka mempunyai seni lakonan tersendiri.
“Disebabkan saya juga merasakan saya bukanlah seorang pelakon yang popular dalam kehidupan sebenar, pada mulanya saya agak ragu-ragu bagaimana untuk melakonkan watak ini.
“Sebenarnya Han Byul banyak membantu saya dan memberikan rujukan terhadap watak yang dilakonkan saya. Saya benar-benar bersyukur dengan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Gempak.
Dalam pada itu, Young Dae juga turut berasa gementar untuk membawakan watak utama dalam Shooting Stars.
“Saya berasa sangat gementar dan kurang yakin. Secara jujurnya saya rasa seperti banyak tanggungjawab untuk menggalas watak ini dan juga sedikit tertekan.
“Bagaimanapun saya menganggap ini adalah sebahagian daripada proses yang harus dilalui untuk menggalas watak utama pertama saya.
“Jadi saya menerimanya dengan hati terbuka. Ia akan menjadi satu kenangan manis pada saya satu hari kelak,” ujarnya.
Nama Kim Young Dae mula popular selepas membintangi drama fenomena Korea iaitu Penthouse.
Kemudian rezeki berpihak kepadanya selepas mendapat tawaran melakonkan watak utama dalam drama Shooting Stars.
Lakonannnya sebagai bintang popular dalam Shooting Stars juga mendapat pujian penonton.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Artis Korea

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

gempak
21/09/2023
08:27 MYT
Atuk famous K-Drama dah tiada...
Artis Korea

Babak Buli Yang Buat Rasa Ngilu Dalam The Glory Rupanya Berdasarkan Peristiwa Sebenar!

gempak
06/01/2023
15:01 MYT
Sakit hati tengok part buli tu!
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.
Artis Korea

Memang Power! Reborn Rich Kini Siri Mini Paling Banyak Ditonton Tahun 2022, Tinggalkan Extraordinary Attorney Woo

gempak
07/12/2022
12:30 MYT
Love Reborn Rich.