Pelakon Korea, Jo Jung suk kini bergelar bapa selepas isterinya, penyanyi Gummy selamat melahirkan bayi perempuan hari ini.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh agensi Jung Suk, JAM Entertainment menerusi kenyataan rasmi.

“Kami ingin berkongsi berita gembira di mana Jung Suk dan Gummy telah menerima ahli keluarga baru hari ini.

“Gummy selamat melahirkan anak sulungnya bertempat di sebuah hospital di Seoul, Korea pagi tadi. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

“Pasangan ini dan keluarga kedua-dua belah pihak berasa sangat gembira dengan kehadiran puteri sulung kesayangan mereka.

“Terima kasih kepada anda yang memberikan ucapan tahniah buat pasangan ini. Kami berharap anda semua teruskan menyokong dan menyanyangi mereka,” maklumnya.

Terdahulu, Jong Suk dan Gummy telah berkahwin pada Oktober 2018 selepas lima tahun bercinta.

Gummy merupakan penyanyi Korea yang terkenal sebagai ratu runut bunyi (OST) dan antara lagu popularnya adalah Day and Night (Master's Sun) dan You Are My Everything (Descendants of The Sun).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi