Selepas 17 tahun, akhirnya pelakon hebat Korea, Hyun Bin dan Daniel Henney disatukan semula dalam filem terbaharu, Confidential Assignment 2: International.

Tidak hanya Hyun Bin dan Daniel, filem ini juga turur dibintangi nama besar iaitu Im Yoona, Yoo Hae Jin, Jin Seon Kyu dan Park Hyung Soo.

Daniel juga menyatakan rasa selesa sepanjang bekerjasama dengan Hyun Bin dalam filem tersebut.

Kedua sahabat ini dipertemukan dalam drama hit My Lovely Sam Soon pada tahun 2005.

Confidential Assignment 2: International akan ditayangkan dipawagam bermula 15 September ini.

Confidential Assignment 2: International merupakan sequel Confidential Assignment pada tahun 2017 yang merupakan filem pecah panggung di Korea.

Confidential Assignment adalah filem ketiga kutipan tertinggi di Korea Selatan pada 2017, dengan kutipan AS$57 juta (RM254 juta) di box office global.

Ini juga merupakan filem pertama Hyun Bin selepas berkahwib dengan aktres cantik, Son Ye Jin pada Mac lalu.

Filem terakhir Hyun Bin adalah Rampant (2018) manakala untuk drama pula ialah Crash Landing On You pada (2019) di mana semasa penggambaran, pelakon kacak ini jatuh cinta dengan pelakonnya dan kini isterinya, Son Ye Jin.