Artis Korea
“Seronok Bila Fikir Macam Mana Berlakon Macam Tu ” - Jang Ki Yong Teruja Jadi Gumiho
Pelakon Korea, Jang Ki Yong teruja apabila menerima tawaran untuk menjadi rubah jadian dalam drama terbaharu berjudul My Roommate Is A Gumiho.
Menurut Ki Yong, dia menerima tawaran tersebut kerana tidak pernah melakonkan watak romantik dan bergenre fantasi sebelum ini.
“Tidak dinafikan agak sukar apabila melakonkan watak berlainan dari kebiasaan.
“Namun sesukar mana pun ia sangat mengujakan. Bagi saya lebih baik cuba sesuatu yang baharu daripada melakonkan watak dan kerja yang sama setiap masa.
“Saya sukakan persekitaran dan juga perwatakan yang baharu. My Roommate Is A Gumiho ini juga merupakan drama romantik komedi pertama saya.
“Agak mengujakan bila terfikir macam mana nak melakonkan watak Gumiho.
“Bagaimana agaknya saya melakukannya kalau saya berada dalam situasi sebegitu dan itulah antara sebab saya memilih hasil kerja yang bagus ini,” jelasnya.
Ki Yong berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama platform penstriman hiburan Asia, iQiyi baru-baru ini.
Jangan lupa saksikan My Roommate Is A Gumiho di Aplikasi iQiyi atau iQ.com.
Drama ini juga turut ditayangkan Astro menerusi saluran tvN (495).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.
Must-Watch Video