Syarikat naungan kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS, HYBE mengumumkan kerjasama kandungan global bersama Walt Disney Asia Pasifik .

Kerjasama ini bagi membawakan karya-karya kreatif terunggul daripada industri muzik dan hiburan Korea Selatan ke persada dunia.

Perjanjian itu merangkumi pengedaran global lima tajuk kandungan utama daripada HYBE, termasuk dua siri eksklusif BTS yang bakal disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman Disney.

Antara konten eksklusif yang disiarkan Disney+ Hotstar adalah konsert BTS: Permission to Dance on Stage – LA.

Konsert ini menampilkan persembahan langsung anggota BTS iaitu RM, Jin, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook di Stadium Sofi, Los Angeles pada November 2021.

Istimewanya lagi, BTS: Permission to Dance on Stage – LA merupakan kali pertama kumpulan itu bertemu dengan peminat secara peribadi sejak dua tahun lalu apabila tercetusnya pandemik.

Menerusi tayangan itu, peminat dapat menyaksikan BTS mempersembahkan lagu-lagu popular Billboard seperti Butter dan Permission to Dance.

Selain konsert, peminat juga boleh menikmati kandungan eksklusif BTS lain iaitu IN THE SOOP: Friendcation.

Program ini merupakan rancangan realiti yang menampilkan BTS V bersama rakan-rakan baiknya iaitu Park Seo Joon, Choi Woo Shik, Park Hyun Sik dan Peakboy berehat serta bercuti bersama untuk menghilangkan tekanan.

Jadi Army! Jangan lupa untuk stream BTS: Permission to Dance on Stage – LA secara ekslusif di Disney+ Hotstar sekarang!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU