Artis Korea
“So Min Akan Kembali” - Running Man Mohon Penonton Jangan Risau
Anggota Running Man berharap peminat tidak terlalu risau dengan keputusan Jeon So Min untuk berehat seketika dari program tersebut.
Menurut Yoo Jae Suk, So Min mengalami masalah kesihatan dan mengikut saranan doktor supaya direhatkan.
“Doktor telah memberi saranan kepada So Min supaya menghentikan sebarang penggambaran buat seketika dan berehat di hospital untuk memulihkan kembali kesihatannya.
“Jadi dia tidak bersama dengan kami hari ini, kepada penonton kami harap anda jangan terlalu bimbang dengan keadaanya,” ujarnya menerusi episod terbaru Running Man.
Dalam pada itu, Kim Jong Kook juga menyatakan So Min adalah seorang wanita yang kuat dan akan sembuh dalam masa yang singkat.
“So Min seorang yang sangat bertenaga, jadi dia akan kembali tanpa anda semua sedar,” katanya.
Manakala anggota Running Man lain iaitu Ji Seok Jin, Song Ji Hyo, HaHa, Lee Kwang So dan Yang Se Chan mendoakan kesembuhan So Min.
BACA: Jeon So Min Ambil Keputusan Berehat Dari Running Man
Terdahulu, agensi So Min telah memaklumkan mengenai keputusannya untuk berehat akibat masalah kesihatan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!