Squid Game, Bila Permainan Kanak-Kanak Bertukar Nyawa, Hidup Dan Mati
Drama Korea bersiri terbitan Netflix, Squid Game sememangnya amat dinantikan oleh penonton.
Walaupun baru sahaja memuat naik trailer di laman YouTube rasmi Netflix, namun rata-rata peminat drama sudah memberikan komen-komen positif.
Lebih-lebih lagi Squid Game agak berlainan dengan mana-mana drama Korea sebelum ini kerana naskhah ini mengisahkan tentang survival diri.
Squid Game menceritakan tentang mereka yang mengambil bahagian dalam permainan perlu bertahan untuk memenangi hadiah wang tunai lumayan.
Bagaimanapun ia tidaklah mudah seperti yang disangka kerana ia melibatkan nyawa. Paling menarik permainan yang dimainkan adalah permainan kanak-kanak popular.
Bukan itu sahaja, pelakon-pelakon hebat seperti Lee Jung Jae, Park Hae Soo, Wi Ha Joon, Jung Ho Yeon dan Heo Sung Tae juga memainkan peranan penting.
Saksikan Squid Game secara eksklusif bermula hari ini di Netflix.
