Menjelajah ke luar angkasa menjadi impian banyak orang. Salah satunya adalah pesohor seni Korea Selatan, T.O.P Big Bang.

Tidak bersendirian, T.O.P sebenarnya akan menjelajah luar angkasa bersama usahawan kaya yang juga pengumpul karya seni dari Jepun, Yusaku Maezawa, lapor AllKPop.

Mereka dilaporkan akan ke luar angkasa pada 2023 dalam rangka projek Maezawa bertajuk #dearMoon. Maezawa dan rapper itu akan disertai dengan enam orang lainnya dalam projek kerjasama dengan Elon Musk, SpaceX.

Meskipun belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kedua dua figura ini, namun laporan yang dikeluarkan membuat banyak peminat teruja sekaligus mengucapkan selamat di atas projek yang akan berlaku tahun depan itu,

Terdahulu, Maezawa memberitahu dia akan membawa tujuh orang individu berpengaruh, berbakat dan dapat memberi kontribusi kepada manusia.

Menerusi akaun Twitternya, Maezawa mencuit dia mempunyai pengumuman penting yang akan disampaikan pada 8 Disember ini.

"Saya akan membuat pengumuman besar tentang luar angkasa sekitar tengah hari tanggal 8 Desember,” tulis Maezawa.

Maezawa pertama kali mengumumkan dirinya akan ke luar angkasa bersama SpaceX Starship pada 2018. Dia akan menjadi penumpang komersial pertama yang terbang melintas Bulan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!