Anggota kumpulan K-Pop terkenal EXO, Chen dilaporkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Berita itu juga disahkan oleh agensinya, SM Entertainment dalam satu kenyataan pendek.

“Ya, memang benar isteri Chen kini hamil anak kedua mereka,” ujar wakilnya.

Bagaimanapun tidak ada maklumat lanjut mengenai usia kandungan kesayangannya.

Sebelum ini, Chen telah mengejutkan peminat selepas membuat pengumuman mengenai perkahwinan mereka secara mengejut.

Namun demi menghormati privasi isterinya yang bukan dalam kalangan selebriti, identiti wanita kesayangannya itu tidak didedahkan.

Pengumuman itu turut disertakan dengan pengesahan kehamilan isterinya sekitar awal Januari 2020.

Chen juga telah menerima kehadiran cahaya mata perempuan pada 29 April 2020.

Sumber: Soompi

Foto: Google


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU