Pelakon Korea, Park Eun Bin mendedahkan sikap berbudi bahasa anggota Running Man, Kim Jong Kook.

Menurut Eun Bin, Jong Kook sangat menghormati wanita dan tidak sanggup bertindak kasar walaupun sekadar untuk misi Running Man.

“Saya bertemu dengan Jong Kook baru-baru ini sewaktu penggambaran Running Man.

“Apa yang saya perasan, Jong Kook adalah sejenis manusia yang akab melakukan segala-galanya dengan bersungguh-sungguh. Berusaha 100 peratus.

“Saya merasakan sikap itu sangat bagus. Satu lagi sikap yang saya perhatikan, dia memang tidak akan berkasar dengan wanita walaupun untuk program realiti.

“Sewaktu penggambaran, dia perlu memberikan hukuman dengan menjentik dahi saya namun dia tidak melakukan perkara itu.

“Jong Kook memberitahu dia tidak mahu memukul bertindak kasar dengan wanita jadi dia tukar dan memjentik dahi Kwang Soo sebagai balasan. Pada ketika itu saya rasa benar-benar bersyukur,” ujarnya ketawa.

Eun Bin berkata demikian sewaktu menjadi tetamu jemputan untuk program SBS, My Ugly Duckling baru-baru ini.

Jangan lupa saksikan episod baru Running Man, setiap Jumaat, jam 11:00 malam di ONE (saluran 393).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU